Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Cerita Kelakar

Wednesday, December 9, 2009

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Erm ari nih Lisa takde idea la nak citer menda apa, dua tiga hari nih rasa macam kurang sihat jer huhuhu..
Lisa kongsi cerita2 kelakar jer erk.. Enjoy tau.. Daaaaa


Cikgu I

Cikgu Nasyor sedang mengendalikan kelasnya dlm aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, cikgu Nasyor akan menyurh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid-murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.
“Woiii Man, apa sebab awak berhenti ni hah?”
“Oh cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit cikgu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.”


Cikgu II
Waktu sekolah telah tamat, sebelum keluar kelas, cikgu Nasyor telah bertanya kepada murid-muridnya.
Cikgu : Siapa nak masuk / pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu cikgu Nasyor pun berkata,
Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi / masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah, jangan pergi mana-mana.





Cikgu III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar.
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu, ayatnya ialah ‘emak sedang membuat kek di dapur’.
Cikgu : Mana tepungnya?
Man : Tepung kan ke dalam kek tu, cikgu ni tak sekolah ke hape??

0 Pendapat:

 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket