Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Keropok & Buah Naga

Friday, April 30, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...
Selamat hari Jumaat kwn2.. Ptg nih Lisa nak blk kg tau yeah2, bestnya..
Ermmm semlm Lisa g beli keropok2 yg diorder oleh ex-opismate Lisa, maklum ler Lisa nk blk kg so diorg rajin ler kirim kopok dari sini.. byk gak la yg Lisa beli semlm, tp Lisa tak amik order kopok lekor sbb takut tak tahan plak nanti..
Keropok2 tu Lisa akan hantar ke rumah Dian esok pagi, Diankan kwn baik Lisa so Dian la yg tlg amik order n bank in duit sekali, macih byk Dian uummuuahhhhh...
Pastu semlm gak Jeff beli buah naga yg merah tu tau, nyum3 sedap sgt, manissssss... Semenjak pregnant nih mmg kerap kami mkn buah, lgpun nak senangkan proses pelawasan Lisa nih heheh..
Kwn2 tgk la gmbr keropok n buah naga nih erk.. Jgn terliur plak tau.. Daaaa

Lepas Ngidam

Thursday, April 29, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Semlm Lisa dpt lepas ngidam tau, jeng jeng jeng apa yg Lisa ngidamkan erk, kena la tunggu smpi penghujung posting Lisa nih ye heheh..
Tu pun sbb Lisa tak bape rajin nak masak semlm, hubby balik terus ajak g pasar mlm kat Balok, ada hikmahnya tu huhuh
Ini apa yg Lisa beli masa g pasar semlm tau..
Ini la yg Lisa ngidamkan selama ni, Alhamdulillah semlm jumpa lak... lepas la ngidam Lisa ni kan... yeahhhhhh
Ok kwn2 jumpa next entri erk.. Daaaaaa

Balik Kampung

Wednesday, April 28, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Saja nak bgtau kwn2 minggu ni Lisa nak balik kg kat Shah Alam heheh, kira blk kg ler tu kan.. Semlm call mak minta mak masakkan ayam masak lemak cili api Jumaat nanti, mak ckp ok.. Alhamdulillah moga2 lepas ngidam nih hahah, InsyaAllah Lisa & Jeff akan gerak dari Kuantan dlm kul 6 @ 6.30 ptg camtu, Jeff smpi jer rumah terus siap2 n zasssss teruskan perjalanan.. Rindu sgt2 dgn family kat sana, rindu kat mak, ayah, mama, maksu, uncle, angah, eila & awisy...
Rindu la dgn mereka didalam gambar ini
 
InsyaAllah minggu ni boleh lepaskan rindu dendam yeahhhh.. Ok kwn2 jumpa lagi erk... Daaaaaa

Walimatulurus - Hanis & Sal (24 & 25-04-10)

Tuesday, April 27, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Sabtu dan Ahad lepas Lisa g majlis kahwin kwn Jeff, kami g kedua-dua buah rumah. Jeff kwn dgn pengantin lelaki ni sejak sekolah lagi, kira kwn lama la nih, tu yg Jeff excited sgt nak g kedua-dua majlis.. 
Pengantin lelaki namanya Abdul Hanis & pengantin perempuan Norsazelah, Sabtu majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bandar Seri Bandi Kemaman, Ahad plak di Bandar Indera Mahkota Kuantan.
Pengantin sama2 kecik jer, pasni diorg kena PJJ la sbb Sal keje kat Penang, Hanis plak keje kat Kuantan... Apa2 pun Lisa doakan moga hubungan mereka akan kekal hingga akhir hayat & dikurniakan anak2 yg soleh & solehah Aminnnn... Ok Lisa masukkan pic utk kedua-dua majlis tau..
Jumpa lagi kwn2... Daaaaaaa

Dapat Award

Monday, April 26, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Wah!!! Lisa dpt award dari Ryna hari ni, dpt 2 sekali yeah2 bestnya... Lisa mmg hari2 suka blog walking nih, maklum ler jadi surirumah ni takde menda sgt nak buat heheh (jgn jeles erk kwn2)
Ini la award yang Lisa dpt, macih byk Ryna
Ok kwn2 pas nih jumpa lg ye, Lisa nak update aktiviti masa weekend lepas.. Daaaaa

Preview Sample Coklat

Friday, April 23, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali nih saja nak tunjuk dgn kwn2, 1st trial Lisa wat sample utk biz chocolate Lisa ni... Nanti InsyaAllah Lisa akan wat promosi dgn contest giveaway sempena pembukaan kedai maya Lisa ni, hah! sebelum tu nak bgtau nama kedai Lisa "d'Sweet Choc Homemade" tau.. So, kwn2 cuci la mata dulu erk, sebelum Lisa letak gambar coklat2 yg Lisa dh buat tu, Lisa nak ucapkan bebyk2 terima kasih pada sifu Lisa iaitu kak Ayu yg byk membantu Lisa utk memulakan biz coklat nih.. Terima kasih byk2 yer kak Ayu.
Lisa tunjuk skit jer dlm nih, nantikan blog utk biz coklat Lisa nih ye... Lisa harap akan mendpt sokongan dari kwn2 semua. Daaaaaa

Persediaan Awal Ibu Hamil

Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali ni Lisa nak kongsi info bg persediaan awal ibu2 yg hamil erk.. Lisa harap info nih dpt membantu kita semua bakal2 ibu, yg nak jd ibu semua la erk...

Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.
Kesan-kesan Semasa Kehamilan.
Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.

Penangan Suntikan Kancing Gigi

Wednesday, April 21, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Hari ni Lisa rasa macam nak demam jer, penangan kena injection kancing gigi ler semlm nih... Malam td tak lena tido sbb bahu kiri sakit & bengkak, ada kwn Lisa bgtau at least seminggu baru baik huhuh lamanya nak tunggu bengkak ni surut...
Dari tadi Lisa dok rasa pening kepala, mual2 & nak muntah, selera makan pun kurang je.. Mata ni mengantuk tp bila baring takmo pejam lak, nak buat apa nih erkkk???
Dari dok termenung tu yg kuatkan semangat update blog nih.. harap2 pasni leh la Lisa melelapkan mata jap pas solat Zohor ni..

Check up di Klinik Kesihatan Beserah

Tuesday, April 20, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Hari ni Lisa g check up dgn hubby kat Klinik Kesihatan Beserah, tapi pasni kena g check up kat Balok plak sbb rekod Lisa ada kat Balok...
Alhamdulillah takde la tunggu lama sgt pun, smpi klinik kul 8... Pastu check urine, check hb, check tekanan darah dgn timbang berat..
Tunggu tak smpi 5 minit terus jumpa misi, td Lisa kena inject kancing gigi utk kali pertama, pasni kena amik lg sekali, pastu misi soh g check up kat Balok lg 2 minggu sbb berat Lisa maintain jer tak naik2 pun..
Lagi 1 misi cam tak caya Lisa baru jer 22 minggu lebih sbb misi kata perut Lisa besar heheh (agaknya kulit perut Lisa nih tebal kot).. Pukul 9.15 am semua settle Alhamdulillah...
Inilah gmbr terbaru Lisa heheh, 1st time pakai baju peknan camnih, klau tak selalu sarung sluar aladin tu jer, ini pun kak Asmaq ex-opismate yg bg baju2 peknan lama dia.. so takyah la Lisa nak berbelanja beli baju peknan pun... Beruntung sgt Lisa nih kan...
Hah! yang nih plak gambar posing manja dgn hubby heheh, sesaja jer nak bg kwn2 jeles skit... jgn marah aaaaa...
Okla kwn2 jumpa next entri erk... Daaaaaa

Terlebih Rajin

Friday, April 16, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Semlm Lisa nih terlebih rajin ler, siap tukar wajah baru blog nih hehehe, tu pun minta pendapat Jeff..
Maklum ler Jeff soh tukar kaler ceria hah ambik kaler merah, tp mmg kaler feberet Lisa pun tau..
Tapi yg sebenarnya Lisa tukar wajah tu sbb dah rasa cam bosan wajah lama tu, sesaja la tukar wajah baru, semangat pun insyaAllah baru gak pas nih...
Ok la kwn2 rajin2kan diri anda semua tau.. Jangan bermalas-malasan plak erkkkk... Jumpa lg.. Daaaaaa
 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket