Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Makan-makan di Showru Kelana Jaya

Wednesday, June 30, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Last weekend Lisa dgn hubbykan blk ke Klang (umah family Lisa la).. Takde program sgt pun cuma masa Sabtu malam tu kami sekeluarga g makan malam kat Kelana Jaya, nama tmpt tu Showru, mcm2 ada kat situ.. Ada pelbagai gerai kecik2 tp mmg best.. Layan jer la gmbr2 nih erk heheh.. Daaaaaaaaa


Berehat di Klang

Sunday, June 27, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra..

Dari Jumaat sehingga hari Isnin Lisa akan berada dirumah family tersayang di Klang.. Cuti2 sesaja heheh.. Nanti Lisa update citer masa balik Klang erk.. Entri tanpa gambar kali nih huhuh... Utk semua kwn2 selamat berehat dihujung minggu dan jaga diri baik2 erk... Daaaaaaa

TM 10 Million Kick Challenge

Wednesday, June 23, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Ni nak citer ttg masa hari Sabtu lepas pasal hubby dok sibuk sgt nak masuk TM 10 Million Kick Challenge, dgn kaki yg baru nak baik tu Lisa bg ler jugak semangat kat hubby tersyg heheh..
Meh la layan gambar2 nih erk.. Jgn tanya lak bape yg hubby dpt gol tau.. tu semua Lisa kena rahsiakan atas sebab2 tertentu yer heheh.. Daaaaa

Tengok movie

Friday, June 18, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Ni nak update citer masa mlm Rabu aritu, Lisa n hubby g tgk movie citer terbaru Jackie Chan "The Karate Kid".. Lisa ni peminat Jackie, setakat ni tak pernah lg miss tgk citer2 dia heheh.. Pada Lisa citer ni mmg best sgt cuma masa awal2 tu cam boring skit la tp takde la smpi Lisa terlelap lak kan.. Sape2 suka citer action jgn ler lepaskan peluang tgk citer ni erk.. Lisa bg 5/5 bintang heheh.. Ok la kwn2 Lisa nak wat agar2 laici ni.. Daaaaa

Usia Kandungan 31 Minggu

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lisa dah masuk 31 minggu pun skrg nih, Alhamdulillah syukur sgt2.. Rasa mcm tak sabar nak tunggu baby lahir heheh..
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.


Minggu 31
Bayi - Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda - Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Penjagaan gigi & gusi semasa hamil

Thursday, June 17, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali ni Lisa nak kongsi info tentang penjagaan gigi bagi ibu yang hamil.. Maklum la sekarang ni gusi Lisa sakit jer, rasa macam sakit kat gigi bongsu ni huhuh... InsyaAllah hari Sabtu ni nak g klinik gigi kat Kemaman, harap2nya pas jumpa doc nanti ok ler gigi nih..
Meh la kita baca n kongsi info ni yer... Selamat membaca ye kwn2.. Daaaaaaa

Semasa hamil, gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.
Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil
  • perubahan hormon
  • bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Apa yang Anda Boleh Lakukan
Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.

Ikuti langkah ini:
  • gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
  • gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
  • jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
  • flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
  • kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
  • dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.
Bila Anda Perlu Jumpa Doktor
Tanya doktor anda jika anda alami keadaan berikut:
  • Gusi berdarah dengan banyak
  • Gusi sangat sakit
  • Nafas berbau busuk, tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
  • Gigi longgar dan tercabut
  • Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
  • Gigi terasa sakit
Kenapa Perlu Risau
Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.
Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.

Check up di Klinik Kesihatan Balok

Wednesday, June 16, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Semlm Lisa g check up lagi kat Klinik Kesihatan Balok, ermmmm ada berita tak best la huhuh.. Berat Lisa turun sekilogram, misi bising skit tanya nape berat turun.. Lately Lisa mmg ada kurang selera makan pun, tu mungkin punca berat Lisa turun, misi ckp kena mkn sikit2 tapi kerap takut nanti baby kecik jer, risau lak bila misi bgtau camtu.. Pasni kena la kerap makan, amik biskut dgn buah ok kot... Lagi 2 minggu kena g check up lagi utk pastikan berat Lisa naik.. Misi pun hairan sbb misi ckp patutnya org peknan nih bila baby makin nak cukup bulan lg kuat mkn tp Lisa ni terbalik plak heheh.. Nak buat camner dh takde selerakan tp pasni kena la fikir ttg baby dulukan "Baby 1st" kan.. Doakan Lisa ada selera makan yer kwn2.. Meh tgk rekod berat badan Lisa erk.. Utk 3 kali g check up.. Ok kwn2 see u next entri.. Daaaaaaaa



Lepas Ngidam

Assalamualaikum & Salam mesra...

Tadi Lisa dpt bungkusan makanan yg Lisa order, mcm ngidam pun ada gak la heheh, nak tau apa makanan yg Lisa ngidamkan.. jeng jeng jeng.. Lisa ngidam cakar ayam la heheh, tgh2 blogwalking nampak plak tu yg terus order, Lisa order kat SINI tau. Saper2 yg teringin nak makan cakar ayam meh la order erk.. Mmg rangup n puas hati nyum3.. Daaaaaaa


Jalan-jalan Kat Pantai Balok

Tuesday, June 15, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Jom jalan2 kat Pantai Balok heheh, hubby ler ni tiba2 ptg Ahad tu dok ajak g jln kat pantai.. G pun naik motor jer lalu jln kampung, bkn main suka baby dlm peyut ni heheh.. Bergerak aktif huhuh... Lisa bwk bekal chestnut jer, air tak bwk pun.. Pas bekalan habis kami pun balik ler.. Sebelum tu sempat lg tulis nama atas pasir heheh..
Ok la jom layan gambar2 kami ni erk... Daaaaaaaa

Walimatulurus - Amirul & Suriey (12-06-10)

Monday, June 14, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Semlm kami g majlis kawin opis-mate hubby kat Taman Sri Mahkota, ni majlis sambut menantu.. Jom ler kita layan sedikit gambar jer erk.. Daaaaa

 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket