Followers

Jumaat ~ 18-09-2009

Friday, August 28, 2009

Wah hari nih cam best jer, yer la nak cuti 4 hari (sabtu, ahad, isnin & selasa) hehehe jgn marah selasa 01-09-09 tu ada hal yg perlu diuruskan...
hari nih ramai betul kwn2 opis blk awal sejam huhuh masing2 nak blk kg. ler tu..
cuti lama nih apa lagi, prepare brg2 utk bunga telur ler, pastu completekan brg2 hantaran, pastu nak jumpa dgn akak izza andam, pastu mayb nak tempah khemah skali nih..
byk benda nak kena settlekan nih, mudah2an sumernya berjln lancar & jayanya aminnn....
So kwn2 selamat menyambut hari merdeka yg ke-52, berhati2 di jln raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju.. daaaaaaa

Uniknya kejadian buah kurma

Thursday, August 27, 2009

Ketibaan bulan Ramadhan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadhan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina.

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina .. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani ," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Makna bacaan dalam solat

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat, semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Asal-usul Solat

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Dugaan di bulan puasa

tiba2 td kak ita kat opis nih antar email "Dilarang menjilat monitor" hahahaa rupanya pic2 nih yg dia bg, so enjoy erk hehehe... ingat pesanan di atas tu tau...

Sambutan besday bulan Julai

kali nih lisa nak citer masa kami 1 fmily celebrate besday bln Julai aritu, besday lisa n amin jer tp kebetulan besday mak mmg rapat dgn lisa so celebrate ler sesama, besday mak 1hb 8...
kat kek besday tertinggal nama azim, maksu lisa lupa nak letak huhuh, nasib ler amin xtau apa2, opssss yg dia tau nak tiup lilin n potong kek jer hehehe..
lisa hepi sgt sbb jeff dtg cni time tu, tdo cni jer pun..
so lisa tepek ler pic time celebrate tu erk.. enjoyyyyy

-> sori ler pic sonsored skit hehehe (lisa, amin n mak lisa)

-> azim pun nak posing gak dgn kek eheheheh (diorg suka tunjuk gg rongak diorg tu)

hari ke-3 puasa

Monday, August 24, 2009

tak tau nak citer ttg apa, cuba upload gambar tp takleh lak huhuhu..
jd kita cerita ttg puasa la yer..
hari nih hari ke-3 kita berpuasa, so camner kwn2 semua? hehehe leh tahan ke?
lisa alhamdulillah ok jer cuma semlm rs tak larat sgt sbb cuaca begitu panas..
erm lisa masak lauk utk berbuka semlm, dh lama tak masak yer la duduk dgn mak jd tak rajin ler nak masak hehehe, pasnih kena la pandai2 masakkan utk jeff lak.. alhamdulillah jugak sbb jeff tak cerewet bab makan minum nih, senang la lisa nanti amin... mudah2an..

hah bila bab puasa nih, apa yg menarik erk.. erm tentu la ttg bazar ramadhankan, semlm tgk tak shamsul @ bazar ramadhan kat bangi, huishhhh mcm2 ada, klau tak kuat iman mau 1 bazar tu kita usung hehehe.. ingat masa berbuka kena agak2 bila mkn tu, nanti tak larat nak wat terawih lak...

lg 1 yg penting masa puasa ialah waktu bersahur tu, rajin2kan la diri anda utk bgn sahur erk.. lisa slalu bgn time ujung2 jer, agak2 sempat mkn la hehehe.. pas sahur siap2 sumer terus zasss g keje, dh 5 thn keje nih this is 1st time kitorg masuk n balik awal hehehe best la ckit takde terkejar2 nak blk nanti...

lisa nak masukkan gmbr makanan yg best2 tp takleh nak upload lak, nanti2 ler lisa masukkan gmbr erk...

Sambutan besday bulan June

Nih masa celebrate besday uncle, maksu n azim bln 6 aritu.. walaupun secara kecil2an jer tp meriah sbb riuh rendah dgn suara anak2 berdua tu (amin n azim), erm mereka nih anak angkat maksu lisa, uncle tu plak suami maksu... so enjoy erk dgn gambar2 kami tu yer...
-> kek kopi dgn span pandan, sedap sgt


-> pic 1st org2 yg celebrate besday (maksu, uncle n azim), pic 2nd amin tu dok sibuk gak nak potong kek
-> acara tunjuk gigi rongak dan suap menyuap kek
-> saja posing skit hehehe (lisa, maksu, angah, azim n amin)




Salam ramadhan 1430H

Friday, August 21, 2009


Seribu senyuman belum tentu menawan hati
Satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
Membina mengambil masa
Meruntuh sekelip masa.

Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Rancangan nikah n majlis

Thursday, August 20, 2009


Ok kali nih lisa nak citer ttg majlis perkahwinan kami yang tak lama jer lagi akan berlangsung…
19-08-2009 dah settlekan borang utk permohonan berkahwin, insyaAllah 01-09-2009 nanti akan dpt kebenaran bernikah.
Mudah2an kami boleh bernikah awal sempena bulan yg diberkati nih... Moga ditingkatkan keimanan di bulan Ramadhan ini, amin... Tarikh 26-09-2009, kami akan buat majlis sambut menantu, maksudnya lisa kena g umah jeff dulu nanti la.. lgpun ini permintaan family sana sbb nak wat kenduri masa raya dan kebetulan abg zul sefamily a.k.a abg jeff akan blk beraya kat cni (erm abg zul n family dok kat sabah)
Tarikh 17-10-2009 plak majlis bertandang kat umah lisa, mudah2an majlis kami berjalan lancar nanti. Amin….

Sekarang nih dlm proses nak antar printing kad jemputan (lisa create sendiri jer kad jemputan kami tu…)
Kad akan diedarkan @ dipos pada :
- minggu ke-2 puasa utk belah jeff
- minggu ke-2 pas raya puasa untuk belah lisa

Byk lg lom settle utk majlis kat umah lisa nanti bunga telur , door gift, langsir utk pelamin n bilik, khemah, baju lisa pun lom tempah lg nih, mekap n fotographer pun lom cari lg nih.. huish byk benda lg lom settle rupanya.. insyaAllah mudah2an semuanya leh settle seperti yg lisa harapkan…

Bertunang 04-04-2009

04-04-2009 adalah hari bersejarah kami ditunangkan, lebih kurang jam 3 majlis kami telah sempurna, Alhamdulillah...
Pertama kali jumpa bakal mak mertua dupdapdupdap jantung lisa nih, tp family belah jeff semuanya best n sporting, rs mcm dah kenal lama jer, lebih2 lagi bakal besan lisa nama kak za, orgnya happening...
Leh la cuci2 mata erk... lisa masukkan gambar2 masa majlis bertunang tu.. hah lupa lak nak bgtau hantaran utk pihak lelaki semua lisa buat sendiri sambil dibantu oleh mak n adik2 (angah n ela)...

-> masa pihak lelaki br smpi
-> tgh berbincang antara 2 belah pihak
-> upacara sarung cincin oleh bakal mak mertua ku (Pn. Mek Chik Binti Bakar)
-> hantaran jeff n lisa
-> majlis selesai...
-> masa menjamu selera
-> tukar brg2 hantaran

-> pihak lelaki nak berangkat pulang ke kemaman

1st date

Tuesday, August 18, 2009



Erm.. nak citer ttg kami g dating utk pertama kali nih, pas jumpa masa dinner dgn family lisa, esoknya kami g dating lak…
Kami g jusco bukit tinggi utk suai kenal n g tgk wayang (lupa lak tgk citer apa time tu hehehe)..
Pastu jeff sibuk soh beli cincin tunang, mmg terkejut gak sbb masa lom jumpa tu ada gak jeff timbulkan isu pasal tunang, pasal cincin nih tp yer la tak jumpa lg kan, mana tau pas jumpa tup2 tak suka plak so kita pun low profile jer la..
Mmg tak sangka pun jeff mmg betul2 serius nak kat lisa huhuh alhamdulillah dah jodoh kamikan.. lisa call mak soh dtg jusco utk tlg pilih cincin tunang tu, angah jd driver ler time tu (kami adik beradik mmg camtu klau pasal brg kemas nih kena angkut mak skali utk decide n buat pilihan)
Before nak g beli cincin tu mak tanya jeff lg, “betul ke nih nak kat along nih?” (along nih panggilan biasa utk family, sedara mara n kwn2 rapat-maklum ler anak sulung)…
Yang kami tak boleh tahan nak gelak tu bila mak kluarkan ayat “korang nih siuman ke tidak, yer la br jer kenal tak smpi sebln pun, terus nak beli cincin tunang nih”. Jeff jwb “saya siuman n waras lg makcik, saya mmg betul2 nak kat along nih, saya serius tak main2 dah”. Alhamdulillah lega hati lisa bila jeff ckp camtu, rs nak nangis pun ada gak time tu huhuh terharu sgt2..
Gitu ler kisah kami, beli cincin tunang pas suai kenal utk pertama kali, pasnih lisa citer ttg kami bertunang lak erk…

Amalan terbaik dalam hidup

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan /membantu isteri pekerjaan dirumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Tanda2 dia jodoh kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.

Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah.

Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta “ Manusia merancang, Allah menentukan.” “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran

Untuk sesiapa yg dilamun cinta

Kau mengatakan bahawa kau tidak pernah jatuh cinta..
Sebaliknya mengatakan yg si dia itu cuma kawan baik sahaja..
Betulkah? Mari kita lihat..
Jika kau setiap hari akan terfikirkan si dia walaupun sekejap, walaupun seketika cuma, kau dikira sedang dilamun cinta...
Jika setiap kali telefon bimbit kau berdering menerima mesej, sebelum membuka mesej, fikiran kau sentiasa meneka bahawa si dia yg menghantar mesej itu, kau sebenarnya sudah jatuh cinta..
Jika di dalam telefon bimbit kau banyak disimpan mesej drpd si dia,jika kau merasakan berat sekali untuk menbuang mesej si dia apabila inbox sudah penuh, kau benar-benar jatuh cinta...
Jika setiap hari hati kau berharap si dia akan menelefon dan bertanyakan khabar kau, jika kau merasakan seperti kehilangan duit yg banyak jika tidak mendengar suara si dia walaupun sehari dua dan merasakan itu sudah cukup lama, kau sudah jatuh cinta...
Jika kau tersenyum ceria jika si dia merungut..“kenapa dah lama tak sms saya?”..dan seumpamanya kau terasa tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak bercermin pada dinding batu, itu tandanya kau sudah cintakan dia...
Kau akan tersenyum dan ceria jika ada orang memuji si dia di hadapan kau, kau akan marah jika ada orang yang mengutuk si dia, kau sebenarnya sudah jatuh cinta...
Jika kau cemburu jika si dia memuji lelaki/perempuan lain di hadapan kau atau jika kau merasa tidak senang hati jika si dia terlalu rapat dengan lelaki lain, kau sebenarnya cintakan dia...
Jika setiap kali kau membuka e-mail kau berharap ada e-mail drpd si dia, dan jika setiap kali kau menghantar e-mail kepada si dia kau berharap si dia akan membalas e-mail kau, kau sudah jatuh cinta...
Jika si dia susah hati, kau juga turut berkongsi merasainya sama, kau akan mencari jalan menenangkannya jika hatinya resah, kau juga sudah jatuh cinta padanya...
Jika si dia merajuk, kau akan cepat-cepat memujuk dan meredakan keadaan, dan kau juga mengharapkan pujukan si dia jika kau merajuk atau buat-buat merajuk..Itulah tandanya kau sudah jatuh cinta...
Jika banyak rahsia kau, diluahkan kepada si dia bermakna kau percayakan si dia dan ingin dia tahu. Tidak semua org tahu rahsia diri kau kecuali si dia, kau telah jatuh cinta...
Semua pemberian si dia akan kau simpan seperti menyimpan emas walaupun yg diberi itu hanya sekeping penanda buku, kau telah jatuh cinta padanya...
Jika si dia suka kepada sate sebagai makanan favourite nya, pantang matamu melihat sate atau hidungmu terhidu bau sate, pasti fikiranmu terus teringatkan si dia, ketahuilah kau telah cintakan dia...
Jika dulu kau bencikan sesuatu tetapi apabila mengetahui yang engkau benci itu menjadi kesukaan si dia dengan mudah kau menerima itu sebagai kesukaan kamu jua atau untuk menyenangkan hati si dia, tak syak lagi kau cintakan dia!
Kau boleh menipu orang lain bahawa si dia dan kau cuma kawan biasa, tetapi kau tidak mampu menipu hati kau yg sensitif itu. Usah berselindung!Luahkanlah!

Cinta mengikut bulan lahir

Monday, August 17, 2009

sesaja jer suka2 masukkan info ttg cinta mengikut bulan anda lahir...
klau ada yg terkena tu kebetulan jer la kan..

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan

Jumpa utk pertama kali - 20 Feb 09

Kali nih lisa citer pasal pertemuan jeff, lisa n family lisa erk.. for the 1st time kami bertemu lisa bwk terus family utk dikenalkan dgn jeff.. mula2 patutnya kami nak jumpa ptg 20-02-09 tu tp mak suruh jumpa mlm nanti jer..
ingatkan jeff takmo jumpa dh tp jeff betul2 ikhlas dgn lisa huhuh time tu mmg happy sgt, walaupun berdebar2 tp tak sabar nak bertentang mata..
kami n family jumpa lebih kurang jam 9.30 mlm di sebuah restoran di kg. Jawa Klang.. sbb pertamanya dekat dgn umah anak buah jeff nanti soh jauh2 sesat lak jeff nih hehehe..
Masing2 (jeff n lisa) nmpk cool jer masa jumpa tu tp dlm hati nih dupdapdupdap berdebar2 hehehe..
Alhamdulillah family lisa leh terima jeff, mcm2 citer kluar nak plak dgn adik2 lisa yg loyer skit mmg happening ler suasana dinner time tu..
Jeff minta izin utk kluar dgn lisa esoknya, mak ayah bg tp dgn syarat lisa yg g amik jeff hehehe (ada citer disebalik peristiwa nih..)
Lebih kurang smpi kul 12 kami borak2.. pastu apa lg balik umah ler.. jeff sempat lg bg buah tgn keropok keping dr terengganu (pandai betul amik hati jeff nih hehehe)

Ok nanti sambung erk, lisa nk citer pasal beli cincin tunang lak...

Tayar Sukan

Friday, August 14, 2009



Lisa nak citer lak ttg nape lisa letak title blog nih “Tayar Sukan” hehehe...
“tayar sukan” @ sport rim nih adalah punca utama perkenalan antara lisa dgn jeff, kelakarkan hehehe..
KAMI mula rapat melalui sms pada 01-02-2009 ari Ahad. Sebenarnya b4 this KAMI cuma kenal melalui forum kelab keta yg lisa join “Protoncoupe”, pastu lisa ada incharge utk t-shirt kelab, so kenal la dlm tu atas urusan jual beli t-shirt sahaja.. Tup2 ahad tu lisa dpt sms dr jeff… Lisa citer lebih kurang jer tau sesi perkenalan KAMI nih…
Jeff : Sport rim nak jual RM2K
Lisa : Mahalnya smpi RM2K, tak mampu ler huhuhu
Jeff : Takpe, saja je sms kat semua
Lisa : Owh ok, saja je lisa reply tgh bosan nih teman mak n angah shopping..
Jeff : Aik shopping pun bosan erk..
Lisa : Mmg tak suka shopping pun huhuh letih kaki tau dok pusing2 nih…
Sms berterusan…
Jeff : Ok la ada keje nak buat nih, nanti free2 sms la saya..
Lisa : Orait, nanti lisa bosan lisa msg erk, take care.

Nak dijadikan citer, semenjak dari ari ahad tu KAMI berterusan berhubung tp melalui sms sahaja. Tak jumpa lagi tp masing2 dah rasa suka & ada perasaan syg, lisa mmg cepat mesra pastu caring lak tu hehehe (puji diri sendiri nih)…
Itulah kisah bermulanya percintaan kami nih, citer kat kwn2 sumer gelak sbb punca KAMI kenal atas urusan nak jual “tayar sukan”, tup2 bertukar hati & perasaan plak..

Pasni lisa citer plak ttg perjumpaan jeff, lisa n family lisa utk pertama kali.

~ Salam Perkenalan ~


Salam semua pembaca...

my 1st entry nih, just nak bgtau camner lisa leh terjerumus ke kancah blog nih huhuh...
gara2 kak mai ler nih pas dia soh tgk blog dia.. jeles punyer pasal so lisa pun berangan ler jugak nak buat blog.. mula2 minta izin dulu dari jeff @ tunang lisa, alhamdulillah dpt 'green light' hehe...
semlm dh mula dok memikir nak tulis apa dlm blog nih.. hah! dpt pun idea, plan nak tulis ttg kami, family kami n kehidupan kami. KAMI = jeff & lisa..
so tunggu erk next entry, lisa nak citer ttg camne KAMI leh kenal...

apa2 pun thanks a lot to kak mai sbb "dikaulah sumber inspirasiku utk menulis blog".. sayang kak mai tau uumuahhh
 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket