Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Karnival Karangkraf

Friday, January 29, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali nih Lisa nak berkongsi info dgn kawan2 ttg karnival Karangkraf ni, klau ada masa jom ler kita beramai2 memeriahkan lagi karnival nih...

BAKAL BERLANGSUNG PADA:-

TARIKH  : 29 JANUARI 2010 SEHINGGA 1 FEBRUARI 2010
MASA    : 9.00 PAGI -7.00 MALAM.
TEMPAT  : PERKARANGAN KOMPLEKS KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD LOT 2, JALAN SEPANA 15/3, OFF PERSIARAN SELANGOR SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM

DISKAUN HEBAT MENANTI ANDA BAGI SETIAP PEMBELIAN MAJALAH, BUKU-BUKU DAN NOVEL-NOVEL TERBITAN ALAF 21, KARYA BESTARI DAN BUKU PRIMA.

DAPATKAN JUGA PELBAGAI PEKEJ IKLAN YANG MENARIK.

ANTARA ACARA MENARIK YANG DISEDIAKAN,
- SESI BERAMAH MESRA BERSAMA EDITOR MAJALAH, ARTIS PUJAAN & PENULIS NOVEL
- CABUTAN BERTUAH
- AKTIVITI BERSAMA AKHBAR SINAR HARIAN
- HADIAH MENARIK UNTUK LANGGANAN MAJALAH
           DAN BANYAK LAGI…

 Nak tahu apa lagi aktiviti yang akan dijalankan? Datanglah beramai-ramai ke Karnival Karangkraf 2010.

Wedding Photo Contest By Lynn Hamzah

Thursday, January 28, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali nih Lisa nak join contest yg nih plak hehehe, jom kita join beramai2...
Klau nak join contest nih leh g kat blog Lynn Hamzah nih ye... Banner leh refer kat side bar blog Lisa nih erk...

Ok inilah gambar yg Lisa pilih utk join contest kali ni

Lisa rasa gambar nih paling menarik sebab Lisa & Jeff perlu merenung ke dalam mata masing-masing, time nih jantung kami sama2 dup dap dup dap hehehe...
Lisa harap gambar nih akan berjaya terpilih nanti...
 Nama Pengantin Lelaki : Mohamad Hanzallah Bin Abd Wahab
Nama Pengantin Perempuan : Siti Norsaliza Binti Muhammad Zaki
Tarikh Pernikahan : 09-09-2009

Join Kelas Membuat Coklat

Tuesday, January 26, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Lama betul Lisa tak update blog nih kan hehehe, bkn apa Lisa cuti ler... Nih yg nak citer nih, Jumaat lepas Lisa g belajar buat coklat tau kat Seri Kembangan dgn sifu yg bernama kak Ayu, Lisa g dgn opis-mate Dian namanya hehehe, pastu ada lg sorg akak tu join skali kelas dgn kitorg, baru jer kenal tp mesra alam tau namanya kak Liza..
Dapat plak sifu yg jenis peramah tak hingatkan tu yg best tu hehehe, kelas kami tu abis smpi kul 7.30 ptg tau... rs mmg lama gak ler dok ngadap coklat dr kul 9.30 pg camtu.. Tapi apapun mmg best pengalaman buat coklat tu, pasnih insyaAllah ada rezeki leh wat biz kat umah jer bila dok Kuantan nanti, doakan Lisa yer kawan2.. Oklah Lisa takmo citer pjg lebar lg, jom kita terjah gambar2 yg sempat di'snap' hehehe... Daaaaaaa
Masa nak start nih hehehe

Dah settle sumer
 
Hasil kerja kami bertiga - Lisa, Dian & Kak Liza
 
 
 
 
Hasil kerja Lisa
 
Hasil kerja Lisa lagi
 
Ini la rupa student2 kak Ayu
 
Lisa comel la nih hehehe
 

Hadiah Utk Kenangan

Wednesday, January 20, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Tolonggggggggg Lisa perlukan bantuan kawan2, tak lama lagi Lisa nak resign dah, skrg nih dok pk nak bg sourvenir apa utk kwn2 opis nih, budget Lisa ciput jer tp nak la gak bg kenangan terindah hahahah, kenangan utk diorg ingat kat Lisa la kononnya hehehe
Ini antara listing brg2 yg Lisa terfikir buat masa nih, klau kwn2 ada idea yg lg best, meh la kongsi dgn Lisa erk, macih atas bantuan kwn2 tau... Lisa prefer gift yg sesuai utk lelaki n perempuan skali tau... Ok la ini antara listing gift yg Lisa fikirkan cuma kena wat survey harga jer rsnyer...
Memo clip

Fridge magnet

Frame gambar


Pengetip kuku

Bekas alat tulis

Spread The Love Contest

Monday, January 18, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Setelah menjenguk2 blog Jue, Lisa terpanggil utk mencuba nasib join Spread The love Contest tajaan adik Iqa nih, pada kawan2 yg nak join boleh click pd picture di bwh nih yer



 Term & Condition:


1) Peserta haruslah mempunyai blog 


2) copy banner di atas dan letakkan di side bar blog anda...dan link kan kepada... http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html


3) jadi follower blog saya.

4) jadi follower blogshop saya. http://spreaddlove.blogspot.com (bermakna..anda perlu menjadi follower..2 buah blog..hehe)

5) buat entry bertajuk Spread The Love Contest

6) dalam entry anda..haruslah ada banner di atas..linkkan pada.. http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html


7) sila tunjukkan 1 gambar anda yg menunjukkan kasih sayang..tk kire la gmbar couple.,suami isteri,kawan2,anak n ibu..anak n ayah..adik beradik..asalkan menunjukkan kasih sayang.(ingat..1 gambar sahaja!)

dan gambar yg menjadi pilihan Lisa ialah gambar ini

pd Lisa kasih sayang tu nampak cuma dari dalaman jer, nak letak gambar yg daring2 segan hehehe
gambar nih diambil masa majlis besar Lisa pd 17-10-2009

Mudah2an gambar ni terpilih la nanti yer, doakan Lisa erk kawan2, saja mencuba nasib nih...





Cari Idea Untuk Deco Rumah

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Jumaat lepas Jeff msg Lisa inform bulan depan dah boleh duduk kat umah baru di Kuantan, yeah2 bestnya dok rumah sendiri... Dalam this week Jeff akan amik kunci rumah...

InsyaAllah minggu nih Lisa nak balik sana utk melihat2 dulu rumah yang bakal kami duduki tu hehehe, tak sabar nak buat perubahan pada rumah baru kami, perkara pertama yg perlu dibuat nanti ialah perancangan kedudukan brg2 rumah hehehe betul ke nih?? Tak kisah la mana2 pun janji kena wat penambahan seperti yg telah Lisa & Jeff bincang sebelum nih, apa plan kami tu?? Tunggu erk nanti Lisa posting before & after pengubahsuaian dibuat erk.. Kat cni Lisa ada masukkan la pic2 kaler & deco yg Lisa search dari google, so enjoy the pics erk kawan2... Daaaaaa


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Khasiat Buah Pisang

Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...


Jom kita makan pisang sbb pisang byk khasiatnya tau...


Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital dan makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obesiti membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!



Coklat Promosi Kak Arz

Thursday, January 14, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Wahhhh!!!! dh post yg ke 100 hehehe bravo2.. Ni saja nak citer semlm Lisa beli coklat promosi dari Kak Arzalena klau nak order leh la ctc kak Arz erk... Ni la rupanya pek promosi yg kak Arz buat skrg ni... So kwn2 nak order jgn lupa ctc erk.. Daaaaaaaaa

 

Kempen "Hari Tanpa Beg Plastik"

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Walaupun isu ttg kempen nih dh lama tp Lisa masih nak memperingatkan kawan2 ttg kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" nih, kempen nih utk masa depan kita juga, lgpun sayangkan kena byr rm0.20 utk sehelai beg plastik jd biasa2kan la bwk beg yg save environment tu mulai skrg nih...

Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu di seluruh Selangor telah bermula pada 9 Januari 2010.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pengunaan beg plastik. Bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

“Kerajaan Negeri sentiasa memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dalam usaha ini.”

“Oleh itu kami berharap pengguna dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam kempen ini demi kesejahteraan masa depan kita,” kata Ginie Lim, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Negeri Selangor.

Sejak kempen ini dilancarkan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu, jumlah syarikat di dalam Selangor yang menyertai kempen ini telah meningkat kepada 15 buah.

Antara syarikat besar yang menyertai kempen tersebut ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.

Kempen ini akan dijalankan selama enam bulan buat peringkat awal dan kesannya akan dinilai bagi mempertimbangkan samada perlu menambahkan hari kempen tersebut.

Kad Nikah Pintar

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...



Kali nih nak kongsi info tentang Kad Nikah Pintar plak, Lisa pun baru jer tau sbb baru Isnin lepas Lisa apply kad nikah hehehe, mmg dok tangguh jer nak buat kad nikah.. Mula2 Lisa & Jeff g amik gambar ari Sabtu aritu, kena charge RM30 sbb gambar yg kami request tu size PP bkn size Pasport biasa tu, maksu yg soh takyah buat gambar pasport nanti kad nikah tak cantik hehehe, tup2 masa smpi kat MAIS Isnin tu nmpk plak skrg nih dah ada kad nikah pintar, so proceed jer la kan janji kami bwk gambar lgpun diorg takde lak inform nak gambar size camner pun..
Pas isi borang nih (takleh la tunjuk details tu erk...)

Kena buat bayaran dulu sebyk RM40


Lepas buat bayaran barulah boleh apply kad nikah pintar nih, kena bagi salinan sijil nikah & sekeping gambar setiap seorang (suami & isteri), lepas seminggu InsyaAllah kad nikah nih boleh diambil tp sebelum tu kena call dlu la tanya sama ada dh siap atau belum ye... Ok kwn2 sape2 yg dh nikah tu leh la apply kad nikah pintar nih yer.. Daaaaaaa

 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket