Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Hadfina Nur Imam Kena Demam Campak

Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Seperti title kat atas tu huhuh, buah hati kami tak sihat. Semlm dah mula keluar bintik2 kecik tu tp 2 biji jer kat atas kepala. Hari ni tgk2 dah byk dah keluar. Walaupun Hadfina kena demam campak @ chicken pox tapi Hadfina tetap aktif macam biasa cuma kadang2 dok nak berkepit jer dgn ummi dia ni...
Last week Hadfina demam panas, tu pun tanda la sebelum nak kena demam campak ni kan..
Tadi walid Hadfina dah g amik daun semambu kat umah bos beliau, dah letak bawah cadar tmpt tido Hadfina pun, esok pagi nak mandikan Hadfina dgn air daun semambu. Mudah2an Hadfina cepat sembuh la ye..
Meh la kongsi info sikit ttg demam campak ni ye.. Lisa amik info kat SINI

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi (hmm… tiba-tiba saja teringat kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Tapi bila teringat bab emosional tak bertempat sesetengah rakyatnya… hhmmmm…)
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu )
Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Ini rupa daun semambu ye kawan2..
 

Baby & Daddy Moment Contest

Thursday, April 21, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali ni nak join contest plak ye, Lisa telah di tag oleh kak Mai utk join contest ni.. Dah puas selongkar pic so ok la pertaruhkan nasib utk join gak la heheh. Bukan apa tak pernah menang pn huhuh, ala join ni pn utk suka2 jer kan. Sape2 rs nak join meh la memeriahkan lg contest ni yer. Ini la contestnya...

~baby & daddy moment contest~

syarat2 nya :
1. MESTI follow blog D'La Maya
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik ;)
3. buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.

mudah bukan?
jangan lupa tuliskan nama dan umur baby anda dan ceritakan serba sedikit tentang moment itu ye.

hadiah2nya....

1st price ~ items worth rm80
2nd price ~ items worth rm60

3rd price ~ items worth rm50

3 consolation prices ~ worth rm30


closing date : 30 April 2011

mari ye beramai2 memeriahkan contest ini disamping mempromosikan butik D'La Maya ini!
:)

Ini adalah pic yg Lisa pertaruhkan ye..
Hadfina Nur Iman Binti Mohamad Hanzallah
5 Bulan

Pic ni diambil masa 01012011, kami g jalan2 kat East Cost Mall Kuantan, time ni tgh beratur nak beli donut BigApple heheh. 
Lisa snap jer pic ni masa hubby nak suapkan puting pada Hadfina.

3 org rakan yg Lisa tag : 
Lis 
Amy 

Kenduri Faizal & Syira

Wednesday, April 20, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Ni kisah last week kami g kenduri kawin opis-mate hubby dekat Tanah Putih Baru. Masa majlis kat umah Syira kami tak dpt pergi sbb g Melaka. Tahniah utk Faizal & Syira, didoakan moga kekal ke akhir hayat. Erm baru boleh update sbb broadband slow sgt2 tu mood nak update hilang tu huhuh.. Meh la layan pic2 ni erk.. Daaaaa

Hadfina Nur Iman Sudah 8 Bulan

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Selasa lepas Hadfina genap berusia 8 bulan, alhamdulillah semakin membesar anak ummi & walid ni. Isnin tu kami g klinik utk checkup Hadfina, berat naik 800gm, last check berat masa Hadfina 6 bulan. Skrg dah 8.3kg.
Pasni kena check bln 6 plak nanti masa usia nak masuk 10 bln.
Update terbaru Hadfina :
- dah pandai berdiri nak lepas tgn
- suka makan
- tido takmo bantal kepala
- pandai dh sahut bila kita panggil (dgn bahasa dia la yer)
Meh la tgk pic terbaru Hadfina yer.. Daaaaa...
 
 
 
 

Posing2 bersama Hadfina Nur Iman

Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali ni Lisa masukkan pic2 kami jer erk.. Pic berposing dgn Hadfina heheh, layankan jer la erk.. Daaaaaa
 
 
 
 
 
 

Melaka - Part 2 (Tamat Dah....)

Thursday, April 7, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lisa combinekan entry 2 in 1 la erk heheh.. Masa Jumaat mlm tu family Intan ada buat tahlil so Lisa pn ajak la kak Mai g skali mlm tu, kira cam gather2 la heheh. Pastu sabtu tu pas check out kat resort terus gerak g umah Intan dulu, kitorg ni nama jer g umah kenduri kawin tp lupa nak snap pic dgn pengantin (Roy & Imah), minta maaf la ye Roy, dok sibuk dgn Intan smpi lupa ke pengantin heheh.. Meh la layan pic2 ni erk.. Daaaaaaaa
 Hadfina n acik Intan
 kak Mai @ mummy Ammar & Ammar
 Ummi & Ammar
 Walid & Ammar
 Diatas pelamin indah
 Senyum!!!
 Jeling jer fina erk...
 Tempat mkn beradap cam kat hotel
 Siap ada air pancut lg tu...
Rasa nak cilok jer 1 pinggan heheh

Melaka - Part 1

Wednesday, April 6, 2011

Assalamualaikum & Salam mesra...

Jumaat sehingga Sabtu lepas kami @ family kecik Lisa berada di Melaka, sbb kami berada di Melaka ialah kerana menghantar tempahan coklat & muffin yg telah ditempah oleh kawan Lisa sempena perkahwinan adik lelaki beliau. Namanya Intan. Terima kasih byk Intan sbb sudi order coklat & muffin dgn Along. Next time Intan kawin order la lagi erk special price Along bg heheh.
Masa kat Melaka kami stay di IBN Resort. Resort ni terletak betul2 sebelah kanan setelah keluar dari tol Ayer Keroh. Takde la mahal sgt utk 1 mlm. Kami amik utk breakfast skali. Kat resort ni ada swimming pool  tau. Meh layan pic2 ni erk.. Daaaaaaaa
 toilet yg bersih
 katil yg luas, abaikan model kecik tu ye.. penat sgt tu..
 ruang menonton
 ruang minum
 almari baju & meja solek
 swimming pool besar & kecik
rumah burung
pandai burung ni berposing

Mood Yang Hilang

Assalamualaikum & Salam mesra..

Masih mencari mood nak meng'update' blog ni huhuhu.. Sabar erk, insyaALLAH jap lg dtg la mood tu heheh..
 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket