Assalamualaikum & Salam Mesra...
Kali ni Lisa nak berkongsi tips posisi tidur bagi ibu yg hamil.. Utk bakal2 ibu pun boleh ambil tahu gak pasal tips nih kan.. Sharing is Caring betulkan kwn2...
Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
* Saiz perut yang semakin besar
* Sakit belakang
* Pedih ulu hati
* Sukar bernafas
* Insomnia
Posisi yang terbaik
* ImageTidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
* Bengkokkan kaki anda.
* Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
* Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
* Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.
Posisi yang harus dielakkan
* Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
* Tidur meniarap
Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Pendapat:
Salam lisa,
saya tgh cari bantal yang macam ni. sekarang tidur kena ada 6 bantal. 2 bantal kat kepala (kalau tak breathless), 1 bantal kat bawah perut, 1 bantal letak bawah lutut (kalau tak bangun pagi, lutut sakit bukan main) dan 2 lagi untuk letak kaki (orang kata boleh kurangkan sembab kaki). Tapi kalau dapat bantal mcm yang lisa tunjukkan ni..nampak macam selesa betul yaa...
salam awak..
lisa pun tgh cari bantal camnih gak tp survey ada jual kat indonesia jer, nanti klau ada lisa inform erk
Post a Comment