Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Hari Terakhir Berurut

Tuesday, August 31, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Hari ini last Lisa berurut dengan cik Ani, Alhamdulillah memang rasa lega badan nih bila dah takde angin heheh..
Cik Ani siap pesan klau bersalin lagi lepas ni jgn tunggu berurut lama2, nanti angin masuk dlm badan sbb tu boleh jadi sakit kepala & sakit badan tu, insyaAllah pas ni klau ada rezeki lg Lisa nak ada baby Lisa akan panggil cik Ani tu lagi.. Lagi 1 patutnya Lisa plan nak cukur rambut Iman hari ni tp tak jd plak sbb Lisa nak buat akikah & cukur rambut pas raya nanti, jd cik Ani ckp sunat & cukur rambut masa buat akikah tu jer la nanti, klau cukur rambut skrg nanti time akikah takde lak rambut Iman yg nak digunting heheh.. Apa2 pun terima kasih byk2 ye cik Ani, Lisa lupa plak nak snap gambar dgn cik Ani urut tu, tunggu la time Lisa buat akikah & cukur rambut Iman erk.. Ni Lisa saja masukkan gmbr Iman yg terbaru, yer la ingatkan ari ni dh nak cukur rambut sbb tu amik gmbr Iman time ada rambut nih semlm.. Nak buat kenangan la kononnya heheh.. So kwn2 meh la cuci mata dgn gmbr2 Iman nih erk.. Daaaaaa

Berurut Selepas Bersalin

Saturday, August 28, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra..


Erm nak kongsi citer pasal berurut plak hari ni, Lisa start berurut dgn mak bidan semalam, Lisa amik utk 5 hari, urut badan jer, perut tak usik pun tp ada gak pakai bengkung cuma tak ikat ketat sgt la...
Memang best betul berurut hilang sumer angin2 dlm badan, ikutkan lambat gak Lisa berurut tp sbb nak sihatkan Iman dulu, tu yg amik masa panggil mak bidan...
Mak bidan tu siap wangikan & urut Iman, selamba jer mak bidan tu pegang Iman sebelah tgn, mmg expert sungguh la mak bidan tu.. InsyaAllah akan panggil mak bidan tu utk sunatkan & cukur rambut Iman skali nanti, tunggu pas abis pantang br plan nak wat kenduri..Ok kwn2 selamat berhujung minggu yer.. Daaaaaaaaaa

Belajar Uruskan Iman

Wednesday, August 25, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Ermmm lama betul tak update blog nih kan, yg Lisa rajin cuma g jln2 ke blog kwn2 jer tau.. Sebenarnya tgh sesuaikan diri dgn keadaan baru yer la semenjak ada Hadfina Nur Iman ni Lisa kena setting time betul2 utk uruskan Iman.. Skrg ni belum dpt timing yg sesuai lg, masih lg belajar utk uruskan time menyusu, time tukar lampin, time tido Iman, time sumer2 la.. Erm sehingga hari ni Lisa lom berani nak wangikan Iman lg, mak yg wangikan Iman.. Lisa masih mencari keberanian utk wangikan Iman.. Ok la jumpa lg erk.. Daaaaaaaaa

Alhamdulillah Syukur...

Monday, August 23, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t sbb baby kami Hadfina Nur Iman dah sihat dari kuning, semlm kami pergi check reading dekat SALAM, ptg dpt result reading Iman normal 127. Lepas ni kami tak perlu bawa Iman pergi SALAM lagi. Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan baby kami yer.. Iman syg semua rakan-rakan ummi.

Berusaha & Bertawakal

Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lisa dalam mood sedih skit skrg nih sbb baby ada kuning, 1st day check reading 266, 2nd day check 253, 4th day check 247..
Pelbagai cara Lisa dah usahakan, mudah2an hari Ahad nanti makin kurang terus la reading kuning tu, doakan baby kami selamat & sentiasa sihat ye rakan2.. Terima kasih...

My Little Sweetheart

Wednesday, August 18, 2010


Perkenalkan...

Sunday, August 15, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...


Alhamdulillah Lisa dah selamat bersalin secara pembedahan pada 12-08-10 tempohari. Baby kami girl, alhamdulillah kami berdua sihat, semlm kami dah berada di rumah pada jam 3.30 ptg.
Nama baby kami Hadfina Nur Iman Binti Mohamad Hanzallah. Panggil Iman jer.. Berat Iman semasa lahir 2.7kg lahir pada jam 10.55 pagi, nanti Lisa buat entri khas utk citer pengalaman Lisa erk.. Perkenalkan baby kami Hadfina Nur Iman..

Kisah Bulan Ramadhan

Wednesday, August 11, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Macam mana perjalanan ibadah puasa rakan2 hari nih?? Mudah2an semuanya dipermudahkan yer.. Alhamdulillah hari ni Lisa berkesempatan puasa penuh, baby pun tak byk meragam.. Awal2 dah pesan kat baby soh baby tahan lapar hehehe..
Tahun lepas masa bulan puasa Lisa nikah, tahun nih dalam bulan puasa juga InsyaAllah kami akan dapat buah hati pertama kami.. Tak sabar nak tunggu buah hati kami nih menjenguk dunia..
Macam thn lepas kami suami isteri berjauhan, kadang2 jer pun berjumpa, tahun nih pun sama gak sbb Lisa nak bersalin & berpantang di rumah mak sendiri.. Ikutkan sedih juga tapi takpe la setiap kejadian yang berlaku tu ada hikmahnyakan.. Moga Allah kuatkan semangat kami berdua sepanjang dok berjauhan nih..
Semoga Lisa kuat semangat utk terus menunaikan ibadah puasa selagi belum melahirkan buah hati kami nih, Lisa harap rakan2 doakan Lisa yer.. Aminnnnn...

Panduan Kehamilan Semasa Berpuasa

Tuesday, August 10, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Sempena nak berpuasa ni, Lisa nak kongsi info dengan bakal-bakal ibu yang mampu menunaikan puasa tau, tapi kalau bakal-bakal ibu tak mampu jangan paksa diri ye, kesian pada baby nanti..
Harap info ini membantu ye..

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Monday, August 9, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra..

Dikesempatan ini Lisa nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua rakan-rakan di alam maya ni.. Maklum la insyaAllah lagi tinggal sehari sahaja lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni kan..
Moga2 jika belum deliver lagi Lisa mampu utk berpuasa la nanti ye..
Ok utk dapatkan info ttg waktu imsak & waktu berbuka bagi seluruh negeri di Malaysia boleh la klik web nih ye...
Ingat ye rakan-rakan jgn ponteng puasa tau bagi yang mampu menunaikan ibadah puasa.

Masih Sempat Pegi Jalan2 Lagi

Saturday, August 7, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Hari nih Lisa, hubby, mak n adik g jln2 ke Subang Parade & JJ Bukit Tinggi, kira jalan sakan nih, hahahah lupa diri ummi to be nih erk, mentang2 baby lom kuar lagi so amik kesempatan jalan2 dgn hubby lagi tu..

Takde beli apa2 pun sgt cuma beli beg utk baby yg akan dibawa semasa pergi hospital nanti, pastu beli buah plum dgn air coklat jer..
Eh2 terlupa plak Lisa teringin makan Kenny Rogers Roasters tu yang mak belanja kami makan kat JJ Bukit Tinggi tu heheh.. So kawan2 layan jer la gambar2 nih yer.. Daaaaaaaa

Hubby Balik Shah Alam

Friday, August 6, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Yeahhhhhhh!!! hubby balik sini pas keje nanti, dah 2 minggu tak jumpa hubby tau.. Baby pun rindu kat Abi dia tau.. Time borak dlm hp dgn hubby, baby tak reti dok diam langsung huhuh, sabar erk baby, Abi balik hari nih..

Tahniah Untuk Alis

Assalamualaikum & Salam mesra...

Tadi on9 kat FB, tgk2 teman blog Lisa nama Alis dah selamat bersalin baby boy seberat 2.6 kg, Alhamdulillah sgt2, ikutkan due Alis lambat lg tp Alis yg bersalin dulu dari Lisa.. Isk tumpang gembira utk Alis.. Tahniah Alis...


Sudah 38 Minggu

Thursday, August 5, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...


Alhamdulillah Lisa dah 38 minggu nih, menghitung hari jer utk tunggu baby kluar heheh, tak sabar sgt2 dh nih nak peluk, cium, menyusu n jaga baby tercinta kami nih tau.. Tak tau la bila baby nak menjenguk dunia yg penuh pancaroba ini (ayat tak hingatkan hehehe)
Lisa baru jer blk dr checkup kat klinik desa tmpt Lisa nih, ini kira kali kedua la Lisa checkup kat sini, last week g utk pertama kali, alhamdulillah td check berat naik 200gm, denyutan baby pun ok, misi ckp klau next week tak bersalin lg kena g checkup 12hb plak..
Takpe la yg penting baby sihat jer dlm perut nih kan, setiap hari berdoa supaya dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t.. Aminnnnnn

Tanda-Tanda Bersalin

 



Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali nih meh kita baca tanda2 nak bersalin erk, info ni Lisa dapat kat SINI ye..

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk menghadapi kelahiran.
Bersedia untuk kelahiran


Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Kenduri & Jalan-jalan

Monday, August 2, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Meh nak kongsi citer pasal semlm plak, semlm hari Ahad bersamaan 01-08-10 Lisa 1 family g kenduri kahwin sedara kat Kg. Kerinchi.. Pastu kami g jalan2 kat midvalley, isk dah bape lama Lisa tak g midvalley dh lain pun rupanya skit, maksudnya ada penambahan macam2 la heheh.. Walaupun dh nak masuk 38 minggu peknan alhamdulillah masih larat lg nak g berjalan2 tp kena kerap berhenti duduk la hahah, tu ler nak sgt ikut berjalan kan.. Jom la layan gambar2 nih erk.. Daaaaaa

 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket