Kali ni Lisa nak kongsi info tentang penjagaan gigi bagi ibu yang hamil.. Maklum la sekarang ni gusi Lisa sakit jer, rasa macam sakit kat gigi bongsu ni huhuh... InsyaAllah hari Sabtu ni nak g klinik gigi kat Kemaman, harap2nya pas jumpa doc nanti ok ler gigi nih..
Meh la kita baca n kongsi info ni yer... Selamat membaca ye kwn2.. Daaaaaaa
Semasa hamil, gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.
Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil
- perubahan hormon
- bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Apa yang Anda Boleh Lakukan
Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.
Ikuti langkah ini:
Ikuti langkah ini:
- gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
- gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
- jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
- jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
- flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
- kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
- dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.
Bila Anda Perlu Jumpa Doktor
Tanya doktor anda jika anda alami keadaan berikut:
- Gusi berdarah dengan banyak
- Gusi sangat sakit
- Nafas berbau busuk, tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
- Gigi longgar dan tercabut
- Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
- Gigi terasa sakit
Kenapa Perlu Risau
Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.
Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.
2 Pendapat:
thanks lisa for good info...
rdna, u r welcome dear :-)
Post a Comment