Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Membina Kepercayaan Dalam Rumahtangga

Wednesday, July 14, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lama betul Lisa tak update blog n blog walking sbb broadband celcom nak kena register dulu aritu huhuh.. La ni baru la boleh jln2 kat blog kwn2..
Kali ni Lisa cuma nak kongsi info jer tau... Takde lagi citer menarik nak diceritakan heheh..


Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.
Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.
‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman
Namun begitu tegasnya, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.
‘‘Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,’’ ujarnya lagi.
 

3 Pendapat:

Hana Faza-same person said...

exactly.. kepercayaan perlu disemai dgn menyediakan ilmu di dada masing2 tntang tanggungjawab masing2..

mama affan said...

yelah..lagi2 yg pjj macam ryna n en.fika..

kalau xde percaya dan memahami..mungkin gado jer sll sbb dalam hati ada sangsi kan..

Lisa said...

a'ah betul tu.. yg penting masing2 tau tanggungjwb walaupun pjj..
pd lisa dekat ke jauh sama jer kan.. perlu ada percaya n kefahaman..
moga2 kita sama2 kekal dgn pasangan masing2 hingga hujung nyawa.. aminnnnn

 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket