Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Melayan suami "anak emak"

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali ni pun Lisa nak kongsi info jer tau.. Info ttg nak melayan suami2 yg anak emak.. Ada terima award tp nanti Lisa masukkan erk heheh..

Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.
Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumah tangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’.
Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.
Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa.
Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.
Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekali gus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.
Walaubagaimanapun, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, sebaliknya setelah mendirikan rumah tangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.
Azhar berkata seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.
Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.

Kenali personaliti jejaka
Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.
Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Memberitahu perasaan
Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.
Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
Terbuka dan positif
Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.
Jalin hubungan baik
Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.
Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya.
Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.
 

3 Pendapat:

mama affan said...

hehe..bagus info nih..en.fika bukan anak emak tp mak dia sll layan dia macam2..nade2..huhu..

Lisa said...

erm yer la ryna ada gak yg emak manjakan heheh, apa2 pun kena la terima suami kita seadanyakan..

Unknown said...

me - masa single selalu sangkut dgn lelaki jenis anak mak. Dan dan bila kawin pun, kawin dgn lelaki anak mak jugak. Memang jodoh dgn lelaki anak mak kot huhu...

my suami - sangat2 anak mak tahap dewa. tak penah nak minum kat rumah. Pepagi nak p keja, singgah rumah mak dia dulu, sbb nak minum. mak dia dah buat siap2 air kopi untuk dia. Malam - dah makan malam kat luar pun, tetap balik rumah mak dia, makan kat rumah mak dia, tak makan banyak, makan sikit. Huhu...

 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket