Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Besdayku..

Thursday, July 29, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia utk membuat ibadat dan menjalani hidup seperti biasa. Hari nih menerima byk ucapan hari lahir di fb, terima kasih byk2 utk rakan2 tersyg...
Ingatkan baby nak ikut dob umi dia tp lom smpi masa lg la heheh.. nampaknya umi kena bersabar lg la yer baby..

Ngidam nasi ambeng

Tuesday, July 27, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Erm Lisa ngidam nasi ambeng tp lom dpt lagi lepas ngidam nih huhuh.. Tadi adik g pasar mlm tp gerai tu tak buka pulak... Harap2 esok boleh dpt la ye.. Ini la rupa nasi ambeng ye kwn2, Lisa tunjuk kat kwn2 yg tak tau camne rupanya nasi ambeng ye.. Ok la mudah2an dpt la lepaskan ngidam Lisa nih yer...

Berita Gembira + Sedih

Friday, July 23, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Haiiiii kwn2, semua sihat tak? (ceh cam ler ada yg jenguk blog Lisa nih hehehe, ada ler tu walaupun seorg duakan.. )
Kali nih nak kongsi kegembiraan + kesedihan sedikit dgn kwn2 tau.. Berita gembira ialah Lisa akan berada di rumah family Lisa sehingga abis pantang nanti insyaAllah.. Berita yg tak best = sedih plak Lisa akan PJJ dgn hubby ler jwbnyer huhuh.. Sentiasa berdoa semoga hubby sempat smpi masa time Lisa nak deliver nanti, dah pesan kat hubby siap2 soh sentiasa standby hp dekat dgn hubby heheh.. InsyaAllah kami akan hadapi semua ini dgn jayanya sbb kamikan pernah PJJ gakkan.. cuma kali ni berbeza skit la kan..
Apa2 pun home sweet home utk Lisa kan.. harap2 Ahad nanti Lisa tak nangis la yer huhuh...

Simptom2 Sekarang Ni...

Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Sekarang nih Lisa tgh menghadapi simptom2 yang ini yer.. Harap2 simptom2 nih cepat la berkurang huhuh..
Baby pun makin tak reti dok diam nih, yg paling best bila nmpk perut dok berdenyut2 jer, denyutan jantung baby tu.. Alhamdulillah tak lama lg Lisa leh pegang baby.. iskkk tak sabarnyer...

Kulit Perut Pecah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar  pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.

Tangan Kebas

Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.

Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Tegang Otot

Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

Award dari Ryna

Friday, July 16, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali nih Lisa masukkan award yg Lisa dpt dari Ryna plak erk, macih byk Ryna muahhhhhh, erm Ryna siap pesan lagi klau tak amik award nih Ryna akan merajuk, klau dekat leh jer Lisa pujuk tp sbb Ryna dok Taiping so susah la skit heheh, jd Lisa tetap amik la award ni tau...

1) bagi pulak award nih kat 5 org yg korang rase ada nilai2 persahabatan yang baik dalam dunia blogging nih..
Erm lisa takmo bg 5 org jer, Lisa nak bg kat sumer rakan2 yg selalu jenguk blog Lisa nih erk Ryna...
2) apa nilai persahabatan yg ada pada setiap pada 5 org tu? war2kan..contoh :
Semuanya suka ambil berat, suka kongsi pendapat, suka bagi komen membina & rasa macam dah kenal lama dgn semua rakan2
3) sila gtau apa perkara paling hebat pernah korang buat sebagai sahabat..untuk kita semua jadikan panduan dan ikutan kan..u
Erm pada Lisa yg paling hebat Lisa pernah buat rasanya Lisa suka mengambil berat dgn masalah yg dialami sahabat Lisa, walaupun tak byk membantu at least Lisa dpt kurangkan tekanan yg sahabat Lisa tgh hadapi tu, Lisa nih seorg pendgr yg terbaik utk sahabat2 Lisa, insyaAllah...

Award dari Kak Mai

Assalamualaikum & Salam mesra...

Erm Lisa dpt award nih dari kak Mai, sibuk dia soh amik heheh.. So apalagi Lisa pun amik la yer, macih byk kak Mai muahhhhh

Terima kasih kak Mai sbb bg award pink nih heheh
1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.
Terima kasih utk kak mai di atas award nih, kak mai nih orgnya nmpk jer cam garang tp sebenarnya hati dia sgt la lembut heheh, mcm org kata la tak kenal maka tak cinta.. Hah! kak mai ceria2 selalu tau... 
2. Sila beri 'award' kepada 10 bloggers yang lain.
Erm Lisa bg kat rakan2 yg selalu jenguk blog Lisa nih tau, sila la amik yer..
3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ni.
InsyaAllah nanti Lisa bgtau kat rakan2 yg rajin jenguk blog Lisa erk

4. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?
Ermmmm sbb Lisa ada masukkan pelbagai info dlm blog Lisa nih kot heheh, Lisa mmg suka kongsi pelbagai info dgn rakan2 blogger lain...

Melayan suami "anak emak"

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali ni pun Lisa nak kongsi info jer tau.. Info ttg nak melayan suami2 yg anak emak.. Ada terima award tp nanti Lisa masukkan erk heheh..

Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.
Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumah tangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’.
Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.
Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa.
Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.
Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekali gus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.
Walaubagaimanapun, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, sebaliknya setelah mendirikan rumah tangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.
Azhar berkata seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.
Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.

Kenali personaliti jejaka
Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.
Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Memberitahu perasaan
Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.
Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
Terbuka dan positif
Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.
Jalin hubungan baik
Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.
Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya.
Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.
 

Membina Kepercayaan Dalam Rumahtangga

Wednesday, July 14, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lama betul Lisa tak update blog n blog walking sbb broadband celcom nak kena register dulu aritu huhuh.. La ni baru la boleh jln2 kat blog kwn2..
Kali ni Lisa cuma nak kongsi info jer tau... Takde lagi citer menarik nak diceritakan heheh..


Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.
Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.
‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman
Namun begitu tegasnya, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.
‘‘Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,’’ ujarnya lagi.
 
 
◄-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket►