Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

My Little Sweetheart

Wednesday, August 18, 2010


Panduan Kehamilan Semasa Berpuasa

Tuesday, August 10, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Sempena nak berpuasa ni, Lisa nak kongsi info dengan bakal-bakal ibu yang mampu menunaikan puasa tau, tapi kalau bakal-bakal ibu tak mampu jangan paksa diri ye, kesian pada baby nanti..
Harap info ini membantu ye..

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Sudah 38 Minggu

Thursday, August 5, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...


Alhamdulillah Lisa dah 38 minggu nih, menghitung hari jer utk tunggu baby kluar heheh, tak sabar sgt2 dh nih nak peluk, cium, menyusu n jaga baby tercinta kami nih tau.. Tak tau la bila baby nak menjenguk dunia yg penuh pancaroba ini (ayat tak hingatkan hehehe)
Lisa baru jer blk dr checkup kat klinik desa tmpt Lisa nih, ini kira kali kedua la Lisa checkup kat sini, last week g utk pertama kali, alhamdulillah td check berat naik 200gm, denyutan baby pun ok, misi ckp klau next week tak bersalin lg kena g checkup 12hb plak..
Takpe la yg penting baby sihat jer dlm perut nih kan, setiap hari berdoa supaya dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t.. Aminnnnnn

Tanda-Tanda Bersalin

 



Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali nih meh kita baca tanda2 nak bersalin erk, info ni Lisa dapat kat SINI ye..

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk menghadapi kelahiran.
Bersedia untuk kelahiran


Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Ngidam nasi ambeng

Tuesday, July 27, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Erm Lisa ngidam nasi ambeng tp lom dpt lagi lepas ngidam nih huhuh.. Tadi adik g pasar mlm tp gerai tu tak buka pulak... Harap2 esok boleh dpt la ye.. Ini la rupa nasi ambeng ye kwn2, Lisa tunjuk kat kwn2 yg tak tau camne rupanya nasi ambeng ye.. Ok la mudah2an dpt la lepaskan ngidam Lisa nih yer...

Simptom2 Sekarang Ni...

Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Sekarang nih Lisa tgh menghadapi simptom2 yang ini yer.. Harap2 simptom2 nih cepat la berkurang huhuh..
Baby pun makin tak reti dok diam nih, yg paling best bila nmpk perut dok berdenyut2 jer, denyutan jantung baby tu.. Alhamdulillah tak lama lg Lisa leh pegang baby.. iskkk tak sabarnyer...

Kulit Perut Pecah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar  pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.

Tangan Kebas

Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.

Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Tegang Otot

Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

Risiko Penyakit Ketika Hamil

Monday, July 5, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Apa khabar kwn2 sumer? Harap2nya sihat sokmo erk.. Buat masa ni Lisa masukkan info2 jer erk yg boleh Lisa kongsikan dgn kwn2 semua ye..


Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Rawatan Islam, Dr Habibah Abdul Ghani, sebab utama berlakunya komplikasi ialah kerana berlakunya perubahan-perubahan hormon dalam tubuh ibu yang hamil ini.
Kehamilan menyebabkan banyak berlaku perubahan fisiologi pada tubuh si ibu. Perubahan yang disebabkan oleh pertukaran hormon ini menjadikan kebanyakkan sistem dalam tubuh ibu yang hamil juga turut berubah.
Ada sesetengah ibu yang mampu mengadaptasi kadar perubahan sistem dalam tubuh ini dengan mudah dan tidak kurang juga sebaliknya. Kadar mengadaptasi ini di kalangan ibu-ibu hamil juga berbeza antara satu sama lain.
Bagi sesetengah ibu, tubuh mereka dapat menerima perubahan ini dalam waktu singkat dan tidak kurang ada juga yang memakan masa yang panjang sehingga hampir saat kelahiran.
Kesukaran si ibu mengadaptasikan sistem tubuh mereka dengan perubahan-perubahan ini menyebabkan berlakunya komplikasi sepanjang kehamilan ini. Namun demikian, rawatan yang awal akan dapat menyelamatkan ibu dan kandungannya.
PENDARAHAN
Komplikasi yang jelas dan perlu mendapat perhatian ialah pendarahan di awal kehamilan. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina perlu dilaporkan kepada doktor seberapa segera. Biarpun ia mungkin hanya radangan biasa, namun ia jangan diambil ringan. Pendarahan tahap pertama berlaku di awal kehamilan ini merupakan ancaman pengguguran. Ancaman pengguguran ini boleh jadi disebabkan oleh konsepsi yang tidak normal. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kandungan terus gugur.
Selain daripada itu pendarahan juga mungkin disebabkan oleh:
Masalah keguguran yang kurang sempurna iaitu gugur yang tidak habis.
‘Missed obortion’ iaitu darah turun sedikit demi sedikit menyebabkan si ibu tidak jadi mengandung.
Mengandung di luar rahim ( ectopic pregnancy)
Mengandung kandungan anggur (molar pregnancy) iaitu keadaan di mana kandungan si ibu tidak menjadi fetus sebaliknya ia wujud seperti tiub-tiub berselerakan yang dipenuhi bendalir yang tidak berguna.
Selain daripada itu, komplikasi lain yang dapat dikesan ialah kontraksi yang terlalu awal. Biasanya berlaku sakit bersalin yang terlalu awal (pre-mature labour) kerana si ibu itu sendiri ada masalah kesihatan. Misalnya si ibu mungkin menghidap kencing manis ataupun ada masalah-masalah lain.
Kadangkala komplikasi ini teriadi kerana rahim si ibu itu sendiri tidak dalam keadaan yang normal. Misalnya seperti kes pintu rahim terbuka. Jarang berlaku tetapi memang ada kes pintu rahim yang tidak boleh ditutup dan menyebabkan berlakunya pendarahan.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘cervical incompletence’, boleh dirawat dengan mengikat pintu rahim tersebut pada peringkat awal mengandung. Apabila kandungan sudah berusia lapan bulan, ikatan ini akan dibuka untuk mengeluarkan bayi tersebut.
PUCAT / ANEMIA
Pucat ataupun dikenali juga sebagai anemia juga merupakan salah satu komplikasi yang sering melanda ibu hamil. Kurang darah dan pucat ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan daripada biasa.
Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah. Sewaktu mengandung keperluan hemoglobin untuk si ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa. Sewaktu mengandung, tahap kepekatan hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 11 gram. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika ia tidak di atasi dan diberi rawatan. Antaranya, kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.
Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup berat badan.
Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi masalah ini, si ibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah seperti hati atau limpa.
TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi memang sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.
Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun ibu yang masih terlalu muda ( usia 17 tahun kebawah ).
Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil lebih tinggi. Ibu yang sememangnya menghidap penyakit ini, biasanya di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan siibu dan janin selamat.
Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan ‘eclampsia’ atau lebih dikenali sebagai sawan.
Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna.
Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi dapat ini di kesan dan diatasi.
Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan ‘anti-hypertension’. Melalui rawatan ini, siibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah. Kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.
KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL
 
Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.
Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing manis semasa hamil.
Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian. Sekiranya tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin

Usia Kandungan 31 Minggu

Friday, June 18, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Lisa dah masuk 31 minggu pun skrg nih, Alhamdulillah syukur sgt2.. Rasa mcm tak sabar nak tunggu baby lahir heheh..
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.


Minggu 31
Bayi - Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda - Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Penjagaan gigi & gusi semasa hamil

Thursday, June 17, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Kali ni Lisa nak kongsi info tentang penjagaan gigi bagi ibu yang hamil.. Maklum la sekarang ni gusi Lisa sakit jer, rasa macam sakit kat gigi bongsu ni huhuh... InsyaAllah hari Sabtu ni nak g klinik gigi kat Kemaman, harap2nya pas jumpa doc nanti ok ler gigi nih..
Meh la kita baca n kongsi info ni yer... Selamat membaca ye kwn2.. Daaaaaaa

Semasa hamil, gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.
Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil
  • perubahan hormon
  • bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Apa yang Anda Boleh Lakukan
Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.

Ikuti langkah ini:
  • gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
  • gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
  • jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
  • flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
  • kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
  • dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.
Bila Anda Perlu Jumpa Doktor
Tanya doktor anda jika anda alami keadaan berikut:
  • Gusi berdarah dengan banyak
  • Gusi sangat sakit
  • Nafas berbau busuk, tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
  • Gigi longgar dan tercabut
  • Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
  • Gigi terasa sakit
Kenapa Perlu Risau
Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.
Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.

Check up di Klinik Kesihatan Balok

Wednesday, June 16, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Semlm Lisa g check up lagi kat Klinik Kesihatan Balok, ermmmm ada berita tak best la huhuh.. Berat Lisa turun sekilogram, misi bising skit tanya nape berat turun.. Lately Lisa mmg ada kurang selera makan pun, tu mungkin punca berat Lisa turun, misi ckp kena mkn sikit2 tapi kerap takut nanti baby kecik jer, risau lak bila misi bgtau camtu.. Pasni kena la kerap makan, amik biskut dgn buah ok kot... Lagi 2 minggu kena g check up lagi utk pastikan berat Lisa naik.. Misi pun hairan sbb misi ckp patutnya org peknan nih bila baby makin nak cukup bulan lg kuat mkn tp Lisa ni terbalik plak heheh.. Nak buat camner dh takde selerakan tp pasni kena la fikir ttg baby dulukan "Baby 1st" kan.. Doakan Lisa ada selera makan yer kwn2.. Meh tgk rekod berat badan Lisa erk.. Utk 3 kali g check up.. Ok kwn2 see u next entri.. Daaaaaaaa



Lepas Ngidam

Assalamualaikum & Salam mesra...

Tadi Lisa dpt bungkusan makanan yg Lisa order, mcm ngidam pun ada gak la heheh, nak tau apa makanan yg Lisa ngidamkan.. jeng jeng jeng.. Lisa ngidam cakar ayam la heheh, tgh2 blogwalking nampak plak tu yg terus order, Lisa order kat SINI tau. Saper2 yg teringin nak makan cakar ayam meh la order erk.. Mmg rangup n puas hati nyum3.. Daaaaaaa


Barang-barang Baby

Saturday, June 12, 2010

Assalamualaikum & Salam mesra...

Hai kwn2, sihat tak sumernyer? Lama dh Lisa nak masukkan entri ni, citer pasal beli brg2 baby kami..
Masa family Lisa dtg sini aritu, semua sibuk ajak g beli brg2 baby, ye la Lisa pun dh cukup 7 bln, takkan nak tangguh2 lg beli brg, jd Lisa pun bwk la family g beli brg sebelum family bertolak balik ke Shah Alam..
Ini la antara brg2 yg family Lisa beli utk baby kami ni.. Lisa cuma perlu beli set tilam n bantal baby, almari baby dgn bakul baby jer..
Brg2 keperluan utk Lisa nanti mak yg akan belikan, masih tak pasti lg nak guna produk yg mana satu lepas bersalin nanti, jd Lisa serahkan pada mak je utk buat pilihan.. Beruntung betul Lisakan heheh..
Meh la layan gambar2 brg baby ni erk.. Daaaaaaa
Yang ni dpt free sbb byk beli produk Pureen

Usia Kandungan 25 Minggu

Thursday, May 6, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Semlm Lisa g checkup kat Klinik Kesihatan Balok dan genap usia kandungan Lisa 25 minggu, Alhamdulillah berat Lisa naik 2kg, takde la risau sgt skrg nih heheh, ye la makan tp berat tak naik tu yg buat makin risau...
Ni sedikit info bila usia kandungan masuk 25 minggu

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
 Ok kwn2 jumpa next entri erk.. Daaaaaa

Lepas Ngidam

Thursday, April 29, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Semlm Lisa dpt lepas ngidam tau, jeng jeng jeng apa yg Lisa ngidamkan erk, kena la tunggu smpi penghujung posting Lisa nih ye heheh..
Tu pun sbb Lisa tak bape rajin nak masak semlm, hubby balik terus ajak g pasar mlm kat Balok, ada hikmahnya tu huhuh
Ini apa yg Lisa beli masa g pasar semlm tau..
Ini la yg Lisa ngidamkan selama ni, Alhamdulillah semlm jumpa lak... lepas la ngidam Lisa ni kan... yeahhhhhh
Ok kwn2 jumpa next entri erk.. Daaaaaa

Persediaan Awal Ibu Hamil

Thursday, April 22, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali ni Lisa nak kongsi info bg persediaan awal ibu2 yg hamil erk.. Lisa harap info nih dpt membantu kita semua bakal2 ibu, yg nak jd ibu semua la erk...

Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.
Kesan-kesan Semasa Kehamilan.
Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.

Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.

Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.

Penangan Suntikan Kancing Gigi

Wednesday, April 21, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Hari ni Lisa rasa macam nak demam jer, penangan kena injection kancing gigi ler semlm nih... Malam td tak lena tido sbb bahu kiri sakit & bengkak, ada kwn Lisa bgtau at least seminggu baru baik huhuh lamanya nak tunggu bengkak ni surut...
Dari tadi Lisa dok rasa pening kepala, mual2 & nak muntah, selera makan pun kurang je.. Mata ni mengantuk tp bila baring takmo pejam lak, nak buat apa nih erkkk???
Dari dok termenung tu yg kuatkan semangat update blog nih.. harap2 pasni leh la Lisa melelapkan mata jap pas solat Zohor ni..

Check up di Klinik Kesihatan Beserah

Tuesday, April 20, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Hari ni Lisa g check up dgn hubby kat Klinik Kesihatan Beserah, tapi pasni kena g check up kat Balok plak sbb rekod Lisa ada kat Balok...
Alhamdulillah takde la tunggu lama sgt pun, smpi klinik kul 8... Pastu check urine, check hb, check tekanan darah dgn timbang berat..
Tunggu tak smpi 5 minit terus jumpa misi, td Lisa kena inject kancing gigi utk kali pertama, pasni kena amik lg sekali, pastu misi soh g check up kat Balok lg 2 minggu sbb berat Lisa maintain jer tak naik2 pun..
Lagi 1 misi cam tak caya Lisa baru jer 22 minggu lebih sbb misi kata perut Lisa besar heheh (agaknya kulit perut Lisa nih tebal kot).. Pukul 9.15 am semua settle Alhamdulillah...
Inilah gmbr terbaru Lisa heheh, 1st time pakai baju peknan camnih, klau tak selalu sarung sluar aladin tu jer, ini pun kak Asmaq ex-opismate yg bg baju2 peknan lama dia.. so takyah la Lisa nak berbelanja beli baju peknan pun... Beruntung sgt Lisa nih kan...
Hah! yang nih plak gambar posing manja dgn hubby heheh, sesaja jer nak bg kwn2 jeles skit... jgn marah aaaaa...
Okla kwn2 jumpa next entri erk... Daaaaaa

Kaki Bengkak Ketika Hamil, Penyebab & Petua Mengatasinya

Sunday, April 11, 2010

Assalamualaikum & Salam Mesra...

Kali nih Lisa nak berkongsi info ttg kaki bengkak lak erk... Surf kat internet jer nih.. Harap leh kongsi dgn kwn2 semua ye...
Bengkak pada kaki biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengurangkannya... Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya.
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:

* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Ok jumpa lg next entri erk.. Daaaaa
 
-<@bong'su'lung@>-. Design by Pocket